CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

bila hati berkata

Satu hari, sang perempuan berdiam diri. kaku. bertanya pada hati. HATI, luahkan apa yg kau pendamkan selama ini. dan, HATI mula berkata : 
aku jatuh cinta pada HATI seorang lelaki. lelaki yg aku rasakan memberikan segala keikhlasan dan setianya utk seorang perempuan yg sgt dia cintai. seorang perempuan yg sgt dia hargai dan takkan biar terlepas ke tangan sesiapa biar apa terjadi. sungguh mulia HATI lelaki ini. namun, kenapa? kadang kala aku dapat rasakan HATI nya sedang bersedih. biarpun tiada air mata, aku dapat rasakan kepedihannya. adakah kau tidak menghargainya?adakah kau mengguris HATI nya? adakah kau tidak memberikan dia sepenuh kasih sayang? aku tahu, bukan sebab itu. sudah tentu kau sgt mencintainya juga. spt dia mencintaimu. sudah pasti kau tidak sanggup mengguris HATI seoarang lelaki yg begitu ikhlas dengan mu. dan, semestinya kau amat menghargai dia yg sering mengambil berat tentang diri mu. aku mengerti, dalam setiap percintaan tidak semuanya indah. pasti ada tangisnya. dua insan yang bercinta, mempunyai hati yang tidak serupa nalurinya. egonya. tetapi, kekuatan cinta yg utuh dapat meredah segala dugaan dan halangan yg mendatang. itulah keajaiban CINTA! kepada MOHD SUHAIMI, maafkan segala apa perbuatan sang perempuan ini yang mungkin membuatkan HATI mu terluka. itu semua tidak disengajakan. tidak terdetik di hatinya menyakitimu. semua manusia membuat silap. aku sebagai HATI sang perempuan ini, ingin memberitahu bahawa kaulah segala-galanya. kaulah kekuatannya. kaulah nyawanya. setiap kali kau bersedih, dia akan menangis walaupun disebabkan silapnya sendiri kerana dia berasa begitu bodoh kerana telah mengguris HATI mu. apatah lagi sekiranya kau menangis, dia akan berasa spt ditikam mati kerana tidak sanggup melihat kau begitu. setiap kali kau tersenyum, dia pasti akan ketawa kerana berasa dia dapat membahagiakan mu. betapa hebatnya HATI mu dapat menawan sang perempuan ini. kau tahu, sang perempuan ini tidak sanggup berjauhan dengan mu walaupun sedetik. namun, dia tetap menantimu. mengharapkan kesetiaanmu padanya seorang. aku sebagai HATI nya amat merasakan kekuatan cinta kepada kau MOHD SUHAIMI. percayakan HATI sang perempuan ini. kaulah satu-satunya insan tercinta di hatinya.

kau segalanya. <3

No comments:

Post a Comment